PENGHUNI SYURGA ALLAH TAALA.....

   Khabar gembira untuk kaum wanita bahawanya telah diberitahu penghuni syurga kebanyakannya di kalangan wanita yang beriman.

   Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari Muslim bahawa Muhammad bin Sirin berkata,"Mereka saling membanggakan diri atau saling bertukar fikiran tentang lelaki atau wanita yang ramai menjadi penghuni syurga. Lalu Abu Hurairah berkata,'Bukankah Abu Qasim tela h bersabda yang membawa erti : "Sesungguhnya wajah golongan yang masuk syurga laksana bulan purnama, dan wajah golongan yang masuk setelahnya ibarat sinar bintang yang berkilauan di langit. Masing-masing mereka mendapatkan dua orang isteri yang sumsum tulang betisnya terlihat dari balik dagingnya."

   Wahai sahabat-sahabatku khususnya kaum wanita,sebagai membina semanagt baru mari sama-sama kita menyaksikan potret teladan yang terdapat pada diri wanita-wanita mukminah yang telah dijanjikan syurga oleh Rasulullah. Ini adalah supaya kita boleh meneladani mereka, mengikuti jejak mereka, dan menapak jalan yang telah mereka lalui.

1) SARAH, ISTERI NABI IBRAHIM A.S
   Dia adalah isteri kepada seorang nabi dan rasul. Selain itu, dia adalah seorang ibu, nenek dan buyut kepada seorang nabi. Dialah tempat berakhirnya nasab puluhan nabi dan madu dari ibu seorang nabi(Hajar).

   Sebahagian ulama berpendapat bahawa dia adalah seorang nabi wanita. Yusuf bin Abu Ishaq meriwayatkan dari ayahnya bahawa Fatimah r.a berkata, "Wahai Rasulullah, demi Allah hidupku ini tidak akan berguna sampai engkau bertanya kepada Jibril tentang ibuku."

   Maka Rasulullah menanyakannya dan Jibril menjawab "Kelak di syurga, dia berada di antara Maryam dan Sarah."

   Dalam sejarah hidupnya terdapat dua peristiwa yang amat berharga. Pertama adalah peristiwa ujian dan cubaan Allah kepadanya dan yang kedua pula adalah peristiwa pendaulatannya sebagai wanita pilihan dan pengabulan doa.

   Peristiwa pertama iaitu ketika beliau berhijrah ke Mesir bersama Nabi Ibrahim. Raja Mesir iaitu 'Amr bin Imri' Al-Qais bin Mailun adalah seorang raja yang kafir, cabul dan suka berpesta. Dia adalah raja yang zalim dan tidak mengenal belas kasihan. Apabila melihat wanita cantik, dia selalu ingin memilikinya walaupun wanita tersebut telah mempumyai suami.

   Rasulullah bersabda dalam hadis sahih, "Nabi Ibrahim a.s. tidak pernah berdusta kecuali tiga kali. Pertama, ketika diajak menyembah berhala oleh kaumnya, beliau berkata 'Sesungguhnya ak sakit.'(Ash-Shaffat : 89) Kedua, perkatannya kepada Namrud setelah menghancurkan berhala-berhala, 'Sebenarnya patung yang lebih besar itulah yang melakukannya.' (Al-Anbiya: 63) Ketiga, ketika ditanya tentang Sarah beliau berkata,' Dia adalah saudara perempuanku."

   Peristiwa kedua ialah doanya dimakbul Allah apabila mereka dikurniakan anak walaupun di usia lanjut dan mandul. Iaitu mereka dikurniakan Nabi Ishak dan Ya'qub a.s.
wallah hua'lam....
kalau ada masa dan kesempatan kita bertemu lagi dengan wanita teladan yang seterusnya. insyaAllah...

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

tEtamU yG muLia

~ Permataku~

komen2


ShoutMix chat widget

MASA ITU EMAS

cUaca hari ini

bloguez.com